안녕!

Ak ad 5 kegilaan; j-drama, k-pop (especially idol groups), travel, kasut & baju. Ak agak introverted n shy-shy cat skit bile 1st time jumpa. So, kalo nk tgk ak ckp x berhenti, start la on d topic regarding my 5 kegilaan tu..huhu..=p Org yg br jumpa ak 1st time akan igt ak sombong tp sbnrnya ak x sombong! Huhu..perasan giler..=p


I am crazy about 5 things; j-drama, k-pop (especially idol groups), travel, clothes & shoes. I am an introvert who is also quite timid and shy with ppl I met 4 d 1st time. But if u start with a topic regarding the above 5 things, it'll be hard to stop me from talking then! =p I don't hv a very good 1st impression as ppl tend to say that I look cold and unfriendly but actually I am not! Huhu..so much for being humble..=p

Friday, July 10, 2009

Hot n Cold

"You change your mind
Like a girl changes clothes"

Lagu ni memang sangatlah sesuai ditujukan kpd kerajaan Malaysia ni..aku merujuk kepada pemansuhan PPSMI (Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.) Alasan yang diberikan mudah; majoriti guru tidak yakin untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan prestasi pelajar di dalam kedua-dua subjek tersebut menurun sejak PPSMI diperkenalkan.

Aku amat tak setuju dengan keputusan kerajaan ni, dan aku tahu, ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan ini. Jika diikutkan, sekiranya sesuatu polisi yang dilaksanakan itu tidak berjaya, logiknya kita akan mengkaji polisi tersebut dan memindanya supaya menjadi lebih baik, bukannya terus memansuhkan polisi tersebut dan kembali ke takuk lama. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan, tetapi malangnya kerajaan kita terlalu 'terdesak' untuk mendapat sokongan rakyat sehinggakan mereka sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkannya. Mereka langsung tidak memikirkan nasib pelajar-pelajar sekolah yang menjadi mangsa. Inikah kerajaan yang dikatakan 'mendahulukan rakyat'?

Kata Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun pelajar menggunakan Bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik sebelum PPSMI diperkenalkan, negara kita masih berjaya mengeluarkan graduan doktor dan professional lain yang berjaya. Aku langsung tidak bersetuju dengan analogi tersebut. Memanglah kami (kamilah antara generasi terakhir yang mempelajari Sains dan Matematik dalam BM) menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran Sains dan Matematik di sekolah, tetapi barangkali Najib terlupa bahawa hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang layak mengambil jurusan perubatan dan professional lain.

Pelajar-pelajar ini adalah mereka yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris (untuk mengambil jurusan perubatan, pelajar perlu mendapat 'Band 4' dalam peperiksaan MUET). Aku pasti, sekiranya pelajar-pelajar ini mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, mereka masih akan mendapat keputusan yang cemerlang kerana mereka memang bijak.

Aku yakin bahawa hanya pelajar yang kurang cemerlang mempunyai masalah dalam mempelajari Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Aku cuma ada 1 persoalan; adakah pemansuhan PPMSI akan meningkatkan prestasi pelajar-pelajar ini? Mungkin tidak!

Apa-apapun, keputusan telah dibuat, dan suka atau tidak, mulai 2012 pelajar-pelajar akan mula menggunakan Bahasa Melayu kembali dalam mempelajari subjek Sains dan Matematik. Harapan aku kini cuma satu; supaya isu ini tidak lagi dipolitikkan. Cukuplah tu. Tolonglah jangan ubah lagi polisi ini di masa hadapan. Kasihan para pelajar.

P/S: Aku menulis artikel ini di dalam Bahasa Melayu kerana aku ingin membuktikan kepada para 'pejuang bahasa' kita bahawa walaupun kami belajar dalam Bahasa Inggeris, kami masih mendaulatkan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu tetap takkan pupus di dunia walaupun subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. =)

3 comments:

  1. aku nk tukar wat project paper dlm bm la cmni.. hahahaha...

    ReplyDelete
  2. hoho..ak xmmpu la nk wt dlm bm..dh lame sgt tinggalkn bm..rs sgt ssh nk tulis pjg2 dlm formal bm..i think i'll stick to english..=p

    ReplyDelete
  3. ahhahaha..
    aku cam da toing2..konpius nak wat in bm or bi..
    sebab skang bm aku pown cam ala2 berterabor jek tok kegunaan formal..
    ngeri..hahahahah..

    ReplyDelete